Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar semua? Harap nya semua dalam keadaan sihat
belaka.
Pada 17 Mac (Jumaat) lepas, unit Pengisian & Protokol
telah merancang untuk mengadakan Test Pilot untuk mencuba modul-modul yang
telah dirancang untuk mengetahui tahap kesesuaian modul dan kelemahan yang
perlu ditambahbaik.
Kami telah diarahkan untuk berumpul dibawah pohon rendang
berdekatan tasik Varsiti. Pada jam 5.30 petang, kami telah berkumpul dan
bersedia untuk memulakan pilot test, tetapi malang tidak berbau, langit mulai
mendung dan hujan turun membasahi tanah Universiti Malaya. Latihan Pilot Test
terpaksa ditangguhkan. Kami dengan dukacitanya mengemas peralatan-peralatan
yang telah siap disediakan dan pulang ke kolej kediaman masing-masing.
Semua sahabat kelihatan agak kecewa dengan situasi yang
tidak diduga ini. Mudah-mudahan kami diberikan kelancaran dan kemudahan dalam
melaksanakan aktiviti-aktiviti kami yang akan dating. Ameen.



Comments
Post a Comment