Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar semua? Mudah-mudahan semua dalam keadaan sihat
dan sentiasa dalam dirahmati Allah..
Hehe, setelah kegagalan menjalankan Pilot Test pada Jumaat
yang lalu, akhirnya kami telah berjaya melaksanakan Pilot Test pada Selasa lepas,
21 Mac 2017.Alhamdulillah…. pilot Test tersebut telah dijalankan bermula
daripada pukul 5.00.
Beberapa modul telah berjaya dicuba pada petang tersebut,
antaranya kabus ukhuwwah dan semanis epal. Mari kita tengok gelagat abam-abam
dan kakak-kakak JSP semasa Pilot Test tersebut.
Semua kelihatan ceria pada petang tersebut. Langit pon
kelihatan cerah dan sesuai untuk melakukan aktiviti.
Ustazah-ustazah JSP kontrol ayu semasa bermain kabus
ukhuwwah.
Alololo… sweet sangat
abam Hilman dengan abam Muaz ni. Haha.
Alhamdulillah, Pilot Test ini dapat ditamatkan pada jam 6.45
petang. Beberapa perubahan teknikal berjaya dikenalpasti dan akan diperbaiki
untuk melancarkan perjalanan modul di SMKAKL.





Terbaik la korg semua. Nice job.
ReplyDelete