Perkampungan hari kedua, 12 April 2017 (Rabu).

           Kami mengadakan perkampungan kedua pada 12 April 2017 iaitu pada hari rabu. Kami menyambung segala tugasan yang tidak dapat disiapkan pada hari pertama perkampungan. Selain itu, kami juga membuat latihan tarian untuk lagu tema program itu nanti iaitu lagu yang dinyanyikan oleh Maher Zain yang bertajuk “One Big Family”. Kami berlatih banyak kali untuk memantapkan lagi tarian kami dan untuk mengelakkan supaya tidak lupa akan langkah-langkahnya. Seterusnya diteruskan dengan penerangan tugas bagi setiap unit. Setiap unit perlu menerangkan akan progress terbaru yang dilakukan oleh unit mereka supaya segala kekurangan atau masalah yang dihadapi dapat diatasi.



 Selepas itu, unit protokol membahagikan checkpoint yang perlu dijaga sewaktu aktiviti explorace dijalankan nanti kepada setiap orang. Mereka menerangkan tugas-tugas yang perlu dibuat sepanjang menjaga checkpoint itu nanti. Terdapat sebanyak 10 checkpoint dan setiap checkpoint dibahagikan kepada dua atau tiga orang. Antaranya ialah semanis epal, kabus ukhuwah, geniusnya, musang berjanggut, build the web, cer teka, public speaking, jeli sumi, apa yang pentiing?kerjasama dan one for all, all for one.  Selesai pembahagian checkpoint, kami meneruskan perkampungan dengan aktiviti membungkus hadiah untuk diberi kepada para pelajar SMAKL manakala bagi unit pengisian dan protokol, mereka menyambung tugasan menyiapkan modul.




Comments

  1. alhamdulillah...berjalan lancar. Good job unit pengisian & protokol.

    ReplyDelete

Post a Comment