Perkampungan
hari pertama, 11 April 2017 (Selasa).
Perkampungan hari pertama
dijalankan selepas waktu maghrib pada pukul 8.00 malam sehingga 11.30 malam.
Aktiviti dimulakan dengan kesemua ahli diminta berkumpul di hadapan BS10.
Setelah itu, kami memulakan perkampungan ini dengan mengemaskini gerak kerja
daripada setiap biro. Gerak kerja yang dikemaskini daripada setiap biro dapat
dilihat semakin meningkat daripada perjumpaan-perjumpaan yang lalu. Seterusnya,
wakil daripada biro pengisian menerangkan kepada kami semua mengenai perjalanan
sepanjang program yang akan berlangsung pada hari Jumaat (14 April 2017) iaitu
merupakan hari pertama bagi program Jalinan Masyarakat ini.
Sesudah selesai slot penerangan
perjalanan program, kami diminta untuk memikirkan gaya bagi lagu tema program
yang telah disediakan oleh biro pengisian. Tugas ini dibahagikan mengikut unit
masing-masing. Pada malam itu juga, wakil biro pengisian telah menentukan
pasangan fasilitator untuk setiap kumpulan iaitu sebanyak 12 kumpulan. Seramai
lima orang daripada ahli kumpulan kami tidak ditugaskan untuk menjadi
fasilitator kerana mereka mempunyai peranan lain.
Selepas semua ahli kumpulan
memahami peranan masing-masing sewaktu hari kejadian, kami diminta untuk
membentangkan hasil gerak gaya yang telah dibincangkan. Alhamdulillah,
perkampungan hari pertama pada malam tersebut berjalan dengan lancar tanpa
sebarang masalah. Kami berharap apa yang telah dirancang dapat dijalankan
dengan baik pada hari sebenar kejadian.


Pengalaman berkampung di API. Tahniah semua!
ReplyDelete