LAPORAN JALINAN MASYARAKAT – 15/4/2017 (SABTU)

            Pada jam 5.00 pagi semua pelajar tingkatan 1 dan fasilatator turun ke surau untuk melakukan qiamullail yang diketuai oleh saudara Anwar. Alhamdulillah semasa hari kejadian qiamullail dijalankan dengan lancar. Setelah selesai melakukan qiamulail, semua pelajar dan fasilitator menunaikan solat subuh secara berjemaah pada jam 6 pagi. Usai solat subuh secara berjemaah, para pelajar dibenarkan pulang ke asrama bagi persiapan diri serta menikmati sarapan pagi di dewan makan asrama . Pada jam 7.30 pagi, semua pelajar Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL) yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 sehingga pelajar tingkatan 5 wajib menghadiri perhimpunan pagi sebelum mereka pergi ke kelas prep. Semasa perhimpunan pagi tersebut, guru besar SMAKL Tuan Haji Kamarul Ariffin bin Mohd Sharif memberi kata-kata semangat kepada para pelajar untuk terus tekun belajar dan menghafaz al-quran dengan niat yang ikhlas kerana Allah serta tidak pernah mengenali erti putus asa.

Setelah selesai perhimpunan pagi, para pelajar perlu berkumpul di dalam dewan bagi meneruskan lagi aktiviti iaitu senamrobik dan energizer. Bagi aktiviti senamrobik fasilitator yang ditugaskan ialah saudara Shikh Hidir manakala bagi aktiviti energizer pula diketuai oleh saudara Arif. Semua pelajar tingkatan 1 kelihatan begitu ceria dan aktif semasa melakukan aktiviti tersebut. Aktivti senamrobik dan energizer ini dilakukan selama 45 minnit. Setelah selesai aktivti senamrobik dan energizer, semua pelajar tingkatan 1 diarahkan untuk menunaikan solat dhuha secara berjemaah di surau. Semasa pelajar sedang solat dhuha, semua fasilator yang terlibat dalam menjaga checkpoint perlu mengatur barang-barang yang hendak digunakan di setiap checkpoint masing-masing bagi menjalankan aktiviti serterusnya iaitu explorace.Permaianan explorace dijalankan dalam tempoh 3 jam. Terdapat 10 checkpoint yang perlu mereka lalui. Antaranya ialah semanis epal, kabus ukhuwah, geniusnya, musang berjanggut, build the web, cer teka, public speaking, jeli sumi, apa yang pentiing?kerjasama dan one for all, all for one. Permaianan explorace ini bermula pada jam 9.15 pagi dan tamat pada jam 12.15 tengahari. Kelihatan pelajar sangat gembira dan teruja semasa permainan dijalankan. Permainan explorace telah berjalan dengan lancar dan tiada pelajar yang tercedera semasa melakukan permainan kejadian.




Selesainya slot Explorace pada jam 12.30 petang, semua peserta diberikan masa untuk kendiri sebagai persiapan untuk solat zohor berjemaah. Sebelum itu, para peserta dan fasilitator makan tengahari bersama-sama di dewan makan. Usai kendiri dan makan tengahari, kami solat zohor secara berjemaah diimami oleh pelajar SMKAKL. Sementara itu, unit tugas-tugas khas sedang bertungkus-lumus menyediakan bahan bagi slot LDK yang kedua iaitu Menara kejayaan dan Mafia wars. Namun begitu, pada waktu tersebut, hanya permainan menara kejayaan sahaja yang sempat dilaksanakan kerana ia memakan masa yang agak panjang. Para fasilitator terlibat dalam LDK ini dan semua peserta mengambil bahagian dalam melaksanakan LDK tersebut.

Selesai LDK ini pada jam 4 petang dengan khulasah daripada permainan disampaikan oleh ketua Unit Pengisian iaitu saudara Muaz diikuti oleh pengarah progam sendiri, iaitu saudara Farid. Kami kemudiannya solat asar berjemaah di surau serta minum petang sebelum melanjutkan program denagn aktiviti sukaneka. Cuaca yang agak redup membolehkan aktiviti tersebut dijalankan dengan lancar walaupun agak terlewat sedikit dari masa yang sebenar berikutan ketiadaan tempat yang sesuai oleh sebab padang sedang digunakan oleh pelajar lain pada waktu tersebut.
            Permainan sukaneka iaitu flying balloons diteruskan di kawasan tempat letak kereta. Semua fasilitator dan para peserta amat gembira ketika bermain permainan ini. Pada petang itu juga kami menerima kunjungan dari Dr Fadilah selaku penyelaras program jalinan masyarakat. Beliau datang bagi memantau perjalanan program yang telah dilakukan. Sebelum beliau pulang kami sempat merakamkan beberapa gambar bersama. Setelah itu, kami semua menikmati makan malam di dewan makan dan terus mempersiapkan diri untuk solat fardhu maghrib berjemaah. Solat fardhu maghrib diimamkan oleh pelajar SMKAKL.


       Malam terakhir program kami dimulai dengan solat maghrib secara berjemaah bersama para pelajar Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMKAKL). Selepas itu, kami hangatkan suasana program dengan mengadakan permainan ‘Boom’ yang menaikkan persaingan antara kumpulan. Seterusnya kami mulai acara utama pada malam itu dengan satu modul yang sangat menarik, mencabar minda dan memerlukan pemikiran yang kreatif dan kritis. Kami telah mengadakan modul Pulau Impian yang mana modul ini memerlukan para pelajar untuk melukis sebuah pulau yang mereka impikan di atas sebuah kertas mahjong. Bersama dengan ahli kumpulan masing-masing, mereka juga dikehendaki untuk membuat perancangan untuk mengurus pulau yang mereka telah bina bersama-sama. Setelah selesai merancang dan merangka sistem di pulau mereka, para peserta diberi peluang untuk membentangkan pulau mereka kepada kumpulan-kumpulan yang lain. Suasana menjadi sedikit hangat serta mencuit hati dengan timbulnya persoalan-persoalan yang menarik daripada ahli kumpulan yang lain. Para fasilitator juga diberi peluang untuk mengutarakan pendapat mahupun mepertikai kerelevenan pulau-pulau yang dicipta oleh para pelajar. Dengan panduan dan kawalan para fasilitator, kami berjaya menamatkan modul Pulau Impian sekitar jam 10.30 malam bagi memberi ruang para pelajar untuk menunaikan solat Isyak yang ditangguh serta untuk mendapatkan rehat selepas seharian menjalani program.


Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. The besttt. rindu nak buat program macam ni lagi 😍👍🏻

    ReplyDelete
  3. Fasi Hanis function sangat

    ReplyDelete
  4. Hari yang sangat "pack" walaupun penat tetapi menyeronokkan

    ReplyDelete
  5. Adik2 smkakl sngt bersemanagat walaupun keletihan. Terbaik la adik2 semua...

    ReplyDelete

Post a Comment