LAPORAN JALINAN MASYARAKAT – 15/4/2017 (SABTU)
Pada jam 5.00 pagi
semua pelajar tingkatan 1 dan fasilatator turun ke surau untuk melakukan
qiamullail yang diketuai oleh saudara Anwar. Alhamdulillah semasa hari kejadian
qiamullail dijalankan dengan lancar. Setelah selesai melakukan qiamulail, semua
pelajar dan fasilitator menunaikan solat subuh secara berjemaah pada jam 6
pagi. Usai solat subuh secara berjemaah, para pelajar dibenarkan pulang ke
asrama bagi persiapan diri serta menikmati sarapan pagi di dewan makan asrama .
Pada jam 7.30 pagi, semua pelajar Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL)
yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 sehingga pelajar tingkatan 5 wajib
menghadiri perhimpunan pagi sebelum mereka pergi ke kelas prep. Semasa
perhimpunan pagi tersebut, guru besar SMAKL Tuan Haji Kamarul Ariffin bin Mohd
Sharif memberi kata-kata semangat kepada para pelajar untuk terus tekun belajar
dan menghafaz al-quran dengan niat yang ikhlas kerana Allah serta tidak pernah
mengenali erti putus asa.
Setelah selesai perhimpunan pagi, para pelajar
perlu berkumpul di dalam dewan bagi meneruskan lagi aktiviti iaitu senamrobik
dan energizer. Bagi aktiviti senamrobik fasilitator yang ditugaskan ialah
saudara Shikh Hidir manakala bagi aktiviti energizer pula diketuai oleh saudara
Arif. Semua pelajar tingkatan 1 kelihatan begitu ceria dan aktif semasa
melakukan aktiviti tersebut. Aktivti senamrobik dan energizer ini dilakukan
selama 45 minnit. Setelah selesai aktivti senamrobik dan energizer, semua
pelajar tingkatan 1 diarahkan untuk menunaikan solat dhuha secara berjemaah di
surau. Semasa pelajar sedang solat dhuha, semua fasilator yang terlibat dalam
menjaga checkpoint perlu mengatur barang-barang yang hendak digunakan di setiap
checkpoint masing-masing bagi menjalankan aktiviti serterusnya iaitu explorace.Permaianan explorace dijalankan dalam tempoh 3
jam. Terdapat 10 checkpoint yang perlu mereka lalui. Antaranya ialah semanis
epal, kabus ukhuwah, geniusnya, musang berjanggut, build the web, cer teka,
public speaking, jeli sumi, apa yang pentiing?kerjasama dan one for all, all
for one. Permaianan explorace ini bermula pada jam 9.15 pagi dan tamat pada jam
12.15 tengahari. Kelihatan pelajar sangat gembira dan teruja semasa permainan
dijalankan. Permainan explorace telah berjalan dengan lancar dan tiada pelajar
yang tercedera semasa melakukan permainan kejadian.
Selesainya slot
Explorace pada jam 12.30 petang, semua peserta diberikan masa untuk kendiri
sebagai persiapan untuk solat zohor berjemaah. Sebelum itu, para peserta dan
fasilitator makan tengahari bersama-sama di dewan makan. Usai kendiri dan makan
tengahari, kami solat zohor secara berjemaah diimami oleh pelajar SMKAKL.
Sementara itu, unit tugas-tugas khas sedang bertungkus-lumus menyediakan bahan
bagi slot LDK yang kedua iaitu Menara kejayaan dan Mafia wars. Namun begitu,
pada waktu tersebut, hanya permainan menara kejayaan sahaja yang sempat
dilaksanakan kerana ia memakan masa yang agak panjang. Para fasilitator
terlibat dalam LDK ini dan semua peserta mengambil bahagian dalam melaksanakan
LDK tersebut.
Selesai LDK ini
pada jam 4 petang dengan khulasah daripada permainan disampaikan oleh
ketua Unit Pengisian iaitu saudara Muaz diikuti oleh pengarah progam sendiri,
iaitu saudara Farid. Kami kemudiannya solat asar berjemaah di surau serta minum
petang sebelum melanjutkan program denagn aktiviti sukaneka. Cuaca yang agak
redup membolehkan aktiviti tersebut dijalankan dengan lancar walaupun agak
terlewat sedikit dari masa yang sebenar berikutan ketiadaan tempat yang sesuai
oleh sebab padang sedang digunakan oleh pelajar lain pada waktu tersebut.
Permainan sukaneka
iaitu flying balloons diteruskan di kawasan tempat letak kereta. Semua
fasilitator dan para peserta amat gembira ketika bermain permainan ini. Pada
petang itu juga kami menerima kunjungan dari Dr Fadilah selaku penyelaras
program jalinan masyarakat. Beliau datang bagi memantau perjalanan program yang
telah dilakukan. Sebelum beliau pulang kami sempat merakamkan beberapa gambar
bersama. Setelah itu, kami semua menikmati makan malam di dewan makan dan terus
mempersiapkan diri untuk solat fardhu maghrib berjemaah. Solat fardhu maghrib
diimamkan oleh pelajar SMKAKL.
Malam terakhir program kami dimulai dengan solat
maghrib secara berjemaah bersama para pelajar Sekolah Menengah Agama Kuala
Lumpur (SMKAKL). Selepas itu, kami hangatkan suasana program dengan mengadakan
permainan ‘Boom’ yang menaikkan persaingan antara kumpulan. Seterusnya
kami mulai acara utama pada malam itu dengan satu modul yang sangat
menarik, mencabar minda dan memerlukan pemikiran yang kreatif dan kritis. Kami
telah mengadakan modul Pulau Impian yang mana modul ini memerlukan para pelajar
untuk melukis sebuah pulau yang mereka impikan di atas sebuah kertas mahjong.
Bersama dengan ahli kumpulan masing-masing, mereka juga dikehendaki untuk
membuat perancangan untuk mengurus pulau yang mereka telah bina bersama-sama.
Setelah selesai merancang dan merangka sistem di pulau mereka, para peserta
diberi peluang untuk membentangkan pulau mereka kepada kumpulan-kumpulan yang
lain. Suasana menjadi sedikit hangat serta mencuit hati dengan timbulnya
persoalan-persoalan yang menarik daripada ahli kumpulan yang lain. Para
fasilitator juga diberi peluang untuk mengutarakan pendapat mahupun mepertikai
kerelevenan pulau-pulau yang dicipta oleh para pelajar. Dengan panduan dan
kawalan para fasilitator, kami berjaya menamatkan modul Pulau Impian sekitar
jam 10.30 malam bagi memberi ruang para pelajar untuk menunaikan solat Isyak
yang ditangguh serta untuk mendapatkan rehat selepas seharian menjalani
program.










This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThe besttt. rindu nak buat program macam ni lagi 😍👍🏻
ReplyDeletenice
ReplyDeleteFasi Hanis function sangat
ReplyDeleteHari yang sangat "pack" walaupun penat tetapi menyeronokkan
ReplyDeleteGood job everyone.
ReplyDeleteAdik2 smkakl sngt bersemanagat walaupun keletihan. Terbaik la adik2 semua...
ReplyDelete