LAPORAN JALINAN MASYARAKAT HARI PERTAMA
( JUMAAT - 14 APRIL 2017)
Hari ini merupakan hari pertama program Kem Jalinan Ukhuwah yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar tahun 1, Jabatan Syariah & Pengurusan (JSP) APIUM yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur (SMKAKL). Sekolah ini terletak di Bandar Manjalara, Kuala Lumpur.

Pada jam 9.00 pagi, kami menghantar barang-barang yang diperlukan sepanjang kem ke SMKAKL dengan menaiki kereta yang dibawa oleh Farid. Barang-barang tersebut dipindahkan dan disimpan di dalam koperasi sekolah tersebut. Kemudian pada jam 11.30 pagi, kami pelajar-pelajar tahun 1 JSP telah berkumpul di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya sebelum bertolak bersama-sama ke SMKAKL. Sebanyak 6 buah kenderaan yang digunakan sebagai pengangkutan kami ke SMKAKL, yang terdiri daripada 3 buah kereta, 1 van dan 2 motorsikal. Tepat jam 12 tengah hari, kami mula bergerak ke SMKAKL. Alhamdulillah perjalanan kami ke sana berjalan dengan lancar dan selamat. Kami mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk sampai ke sekolah tersebut. Setelah itu, kami mengambil barang-barang yang kami perlukan pada hari tersebut dari koperasi untuk dibawa ke dewan. Kami mula mengemas dewan tersebut dengan menyapu sampah dan memasang banner di atas pentas. Kemudian fasilitator lelaki bersiap-siap untuk ke Masjid Al-Imam Al-Ghazali bagi menunaikan solat jumaat. Sementara itu, fasilitator perempuan masih meneruskan kerja mengemas dewan dan membuat persiapan untuk pendaftaran di dalam dewan.


Pada jam 2.30 petang, sesi pendaftaran bermula. Kesemua pelajar tingkatan 1 SMKAKL turun ke dewan untuk mendaftar dan dibahagikan mengikut kumpulan yang telah kami tetapkan. Kemudian, sesi ice-breaking dijalankan di bawah pimpinan Muaz dan Arif. Semua fasilitator diperkenalkan seorang demi seorang beserta nama panggilan masing-masing kepada para pelajar. Alhamdulillah kedatangan kami mendapat sambutan yang baik daripada semua pelajar yang kelihatan ceria pada ketika itu. 

Para fasilitator duduk bersama ahli kumpulan masing-masing, lalu diteruskan lagi dengan sesi suai kenal dengan lebih mendalam bersama pelajar. Setelah selesai sesi suai kenal tersebut, kami mengadakan sedikit permainan yang dinamakan One Four Step yang dibimbing oleh para fasilitator. Kemudian semua pelajar dan fasilitator menunaikan solat asar berjemaah di surau yang diimami oleh pelajar. Pada jam 5.30 petang, pelajar berkumpul semula di dewan untuk aktiviti yang seterusnya. Kem ini diteruskan dengan break clap yang dibimbing oleh Arif serta dibantu oleh para fasilitator yang lain. Alhamdulillah semua pelajar dapat mengikut setiap langkah dalam break clap yang kami tunjukkan kepada mereka. Seterusnya, lagu tema kem ini, iaitu lagu ‘One Big Family’ – (Maher Zain) dipasang dan diperdengarkan kepada para pelajar. Kelihatan mereka begitu bersemangat apabila mendengar lagu tema ini.

Pada jam 6.15 petang, para pelajar dibenarkan pulang ke asrama bagi persiapan kendiri serta menikmati makan malam di dewan makan. Para fasilitator juga turut makan di dewan tersebut. Kemudian para pelajar dan fasilitator menunaikan solat maghrib berjemaah di surau. Setelah solat, semua pelajar tingkatan 1 berkumpul di dewan bagi mendengar tazkirah maghrib daripada saudara Muaz. Para pelajar mendengar dengan teliti setiap tazkirah dan nasihat yang disampaikan kepada mereka. Kemudian kami menunaikan solat isyak berjemaah di surau. 


Pada jam 9.15 malam, kami meneruskan aktiviti dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dipimpin oleh Muaz. LDK ini dinamakan kerusi ajaib dan ia melibatkan pergerakan yang pantas, serta memerlukan kerjasama daripada semua ahli kumpulan. Alhamdulillah permainan ini dapat berjalan seperti yang dirancang tanpa berlaku sebarang kecederaan. Para pelajar tampil dengan penuh bersemangat dan menunjukkan persaingan yang sihat sepanjang LDK ini. Apabila sudah tamat permainan kerusi ajaib ini, kami meminta 2 orang pelajar untuk memberikan sedikit pengajaran yang diperoleh daripada permainan tersebut. 

Seterusnya, kami memasang semula lagu tema sambil menunjukkan pergerakan yang diperlukan bagi mengiringi lagu tersebut. Para fasilitator membimbing dan mengajar kesemua pelajar setiap pergerakan dan gaya dalam lagu itu. Kemudian sedikit energizer dilakukan iaitu break clap yang dibimbing oleh Arif. Setelah itu, sedikit taklimat diberikan oleh Muaz dan Farid mengenai aktiviti pada keesokkan harinya. Para pelajar dibenarkan pulang ke asrama masing-masing pada jam 10.15 malam. Kami para fasilitator masih kekal di dalam dewan untuk memberi sedikit pencerahan kembali mengenai perjalanan aktiviti pada keesokan hari. Pada jam 11.00 malam, kami bersurai dan pulang ke bilik.

Comments

  1. Seronok dapat jadi fasilitator untuk adik-adik SMAKL 😍

    ReplyDelete
  2. Terbaik semua adik-adik SMKAKL

    ReplyDelete
  3. semue baik2..paling terbaik DELIMA (:

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... Semua hebat2. Moga Kita semua mampu menjadi khalifah yang hebat.

    ReplyDelete

Post a Comment