Perkampungan
hari ketiga , 13 April 2017 (Khamis).
Pada
jam 8.30 malam, semua pelajar Jabatan Syariah Pengurusan tahun 1 berkumpul di
Akademi Pengajian Islam untuk melakukan persediaan terakhir sebelum ke
lapangan. Pada malam tersebut. Seperti kebiasaan semua ahli berkumpul di depan
BS10 dan berkerja dalam kumpulan biro masing-masing.
Bagi
biro multimedia dan publisiti, mereka menyiapkan tag nama untuk diberikan
kepada setiap fasilitator. Unit tugas-tugas pula membalut hamper untuk
pemenang-pemenang bagi acara explorace. Sebanyak 12 bungkusan hamper telah
disediakan. Unit pengisian mengemaskini fail-fail yang akan diberikan kepada
setiap peserta. Saudara Arif pula mengetuai ahli-ahli fasilitator yang lain untuk
melakukan energizer seperti “breakclap” supaya mereka dapat menguasainya.
Seterusnya, saudara Muaz pula selaku ketua biro pengisian meminta semua ahli
fasilitator untuk mengikut beliau melakukan tarian bagi lagu tema. Hal ini
demikian bagi memastikan setiap fasilitator dapat melakukan tanpa sebarang
kesilapan.
Setelah
mengambil masa lebih kurang 3 jam, semua tugas-tugas telah selesai
dilaksanakan. Saudara Farid selaku pengarah program jalinan masyarakat tersebut
memberikan sedikit ucapan dan beliau berharap agar Allah memberkati dan
melancarkan program tersebut tanpa sebarang masalah. Perkampungan pada hari
tersebut diakhiri dengan doa yang dipimpin oleh saudara Muaz. Pada jam 11.30
malam semua pelajar bersurai ke kolej kediaman masing-masing untuk bersiap
sedia pada keesokan harinya.


permulaan yang baik untuk kami, pelajar tahun pertama jabatan syariah pengurusan (jsp). semoga kita semua dapat laksanakan amanah dan program-program yang akan datang dengan lebih baik. Nilai semula kelemahan dan kekuatan yang dimiliki, ambil ibrah daripada program yang telah berlangsung. 'Bonding' lebih mantap untuk tahun-tahun berikutnya. insya Allah :)
ReplyDeleteTerbaik semuanyaaaaaa :)
ReplyDeletesemua sorokkan perasaan penat demi Program Jalinan Masyarakat di SMKAKL..
ReplyDeleteAlhamdulillah hasil yang memuaskan
#teambaluthamperpalingcantik
tahniah semua kawan-kawan atas kerjasama dan semangat yang diberikan untuk menjayakan program jalinan masyarakat kali ini.
ReplyDelete