Perkampungan hari ketiga , 13 April 2017 (Khamis).
                Pada jam 8.30 malam, semua pelajar Jabatan Syariah Pengurusan tahun 1 berkumpul di Akademi Pengajian Islam untuk melakukan persediaan terakhir sebelum ke lapangan. Pada malam tersebut. Seperti kebiasaan semua ahli berkumpul di depan BS10 dan berkerja dalam kumpulan biro masing-masing.




                Bagi biro multimedia dan publisiti, mereka menyiapkan tag nama untuk diberikan kepada setiap fasilitator. Unit tugas-tugas pula membalut hamper untuk pemenang-pemenang bagi acara explorace. Sebanyak 12 bungkusan hamper telah disediakan. Unit pengisian mengemaskini fail-fail yang akan diberikan kepada setiap peserta. Saudara Arif pula mengetuai ahli-ahli fasilitator yang lain untuk melakukan energizer seperti “breakclap” supaya mereka dapat menguasainya. Seterusnya, saudara Muaz pula selaku ketua biro pengisian meminta semua ahli fasilitator untuk mengikut beliau melakukan tarian bagi lagu tema. Hal ini demikian bagi memastikan setiap fasilitator dapat melakukan tanpa sebarang kesilapan.



                Setelah mengambil masa lebih kurang 3 jam, semua tugas-tugas telah selesai dilaksanakan. Saudara Farid selaku pengarah program jalinan masyarakat tersebut memberikan sedikit ucapan dan beliau berharap agar Allah memberkati dan melancarkan program tersebut tanpa sebarang masalah. Perkampungan pada hari tersebut diakhiri dengan doa yang dipimpin oleh saudara Muaz. Pada jam 11.30 malam semua pelajar bersurai ke kolej kediaman masing-masing untuk bersiap sedia pada keesokan harinya.

Comments

  1. permulaan yang baik untuk kami, pelajar tahun pertama jabatan syariah pengurusan (jsp). semoga kita semua dapat laksanakan amanah dan program-program yang akan datang dengan lebih baik. Nilai semula kelemahan dan kekuatan yang dimiliki, ambil ibrah daripada program yang telah berlangsung. 'Bonding' lebih mantap untuk tahun-tahun berikutnya. insya Allah :)

    ReplyDelete
  2. semua sorokkan perasaan penat demi Program Jalinan Masyarakat di SMKAKL..
    Alhamdulillah hasil yang memuaskan
    #teambaluthamperpalingcantik

    ReplyDelete
  3. tahniah semua kawan-kawan atas kerjasama dan semangat yang diberikan untuk menjayakan program jalinan masyarakat kali ini.

    ReplyDelete

Post a Comment